Ilham? Free?

Assalamualaikum. para pembaca.. Ilham ? apa tu? nama boyfriend putri ka ? bukan ! Adakah anda gemar membaca novel bukan? contoh novel yang hot gila nak mampus! ialah novel yang bertajuk ''The wedding breaker" ,"Mr Arrogant" dan sebagainya.

      Dan yang paling menarik sekali apabila pembaca tertarik membaca satu buku novel. Dan majoriti pembeli buku novel itu telah meningkat mesti cerita dalam novel itu akan membuat drama di kaca televisiyen.
Contohnya seperti dalam novel " The Wedding Breaker" dalam drama "Arianna Rose". Hero adalah Keith Foo dan heroinnya pula Nur Fathia.
Ohh Keith Foo sayang! ni kalau aku jumpa keith foo terus aku pura pengsan HaHa!

Apa yang putri nak bagi tahu kepada anda ialah http://ilham.karangkraf.com/)

Putri baru tahu mengenai dari cousin  bahawa website ini boleh membaca novel secara free? Anda faham kan maksudnya? Selain daripada kita membeli buku novel di kedai MPH atau Popular, kita boleh mengsearch website ini dan tidak perlu membazir wang dan masa. Tetapi kekadang bila mahu tajuk apa yang kita mahu tidak ada dalam website. Selamat membaca !

Bacalah !








International Islamic College

                          Assalamualaikum dan selamat pagi. tahniah kepada pihak yang menang dalam PRU13.
              

 Dah lama putri tak mengupdate blog kuah kuah ni. maklumlah dah jadi student. Putri sekarang ambil kos diploma islamic banking and finance di International Islamic College. 



     Putri masuk kemasukan pada 14.April 2013. Dapat kawan baru, mula-mula memang pemalu sikit sebab tak kenal sapa-sapa pun. Dari situla, kita mulakan hubungan silaturrahim. Alhamdulilah. kolej ini bagus dan kemudahan mencukupi untuk pelajar IIC. 
     Lecturer sporting, boleh discuss assigment di kantin, perpustakaan. 
     Bulan depan dah exam. sebab putri dapat semester pendek. tiga subjek ja.
    Principles of economics, intermediate english 1, introduction of business. 

Kalau ada apa-apa berkenan dengan kolej IIC,pertanyaan dipersilakan...... 

Hilman Mustafa

 
              Salam,morning!. Admin jumpa youtube singer ni so awesome. Suara merdu. siapa ?
     Hilman Mustafa. Admin tak berapa tahu langsung biodata dia. Apapun keep it up ! 


Ramai lagi youtube singer dan mempunyai voice yang awesome *gilerr babeng






Lagu fix you (coldplay cover) by them - we are! feat Muhammad 
Hilman yang pakai baju warna putih dan pegang gitar coklat. 


Cintaku bukan di atas kertas-Faranina Zulfar

                                 Bab 1

Pukul 2 petang. Secara rasminya,sesi kuliah tengah hari di Kolej Antarabangsa KL sudah bermula. Pelajar-pelajar kolej yang melepak di kaki lima anak tangga di bawahbangunan itu mula berpusu-pusu berjalan masuk ke dalam bangunan kolej,sebuah bangunan rumah kedai lima tingkat,yang menempatkan rentetan bilik kuliah dari tingkat satu hingga tingkat tiga dan sebuah auditoriun di tingkat empat. Tingkat lima menempatkan sebuah kafe yang menjadi tempat lepak kegemaran pelajar kolej tersebut. 
       Seiring dengan bermulanya sesi kuliah itu,suasana di dalam bangunan itu semakin sunyi jadinya. Cuma sesekali kedengaran bunyi tawa gedik tiga orang gadis dari arah bilik persalinan yang bersebelahan dengan bilik air di tingkat empat bangunan itu.
       Zanida,Jes dan Vina berada di dalam bilik persalinan itu. Merka sudah memerap di dalam bilil itu sejak sejam lalu.Kuliah mereka sudah pun tamat,mereka sepatutunya sudah pulang,tetapi mereka ada misi penting untuk dibereskan; misi penting yang ada kaitan dengan penyanyi remaja paling popular masa kini,Katijah Abadi atau Katie Abadi di kalangan wartawan hiburan atau KT sahaja di kalangan peminat fanatiknya yang terdiri daripada jjutawan remaja lain,termasuk Zanida Jes dan Vina.
       KT baru sahaja mempromosikan konsert besar-besaran yang akan diadakan pada hujung tahun itu. Bukan setakat konsert gergasi,satu pertandinagan unik turut dianjurkan bersama sebagai salah satu gimik:gimik yang diberi nama' Tiru macam Saya'.
      Peminat-peminat KT telah dipelawa menggarabkan kreativiti mereka untuk mencipta reka tari atau koreografi yang diiringi mana-mana lagu yang pernah didendangkan KT.Koreografi mereka itu harus dirakamkan dalam bentuk video dan dihantar melalui pos untuk dinilai pihak pengurusan konsert.Pemenang pertandinan itu bkan sahaja akan memenagi hadiah wang tunai, tetapi berpeluang menggayakan tarian mereka dan mengadakan persembahan secara langsung bersama-sama KT dalam konsert gergasi itu nanti. 

    Dan itulah misi Zanida,Jes dan Vina.Mereka sudah sebulat suara bersetuju menyertai pertandingan itu. Malah keputusan itu telah dicapai tidak sampai bebrapa saat selepas mereka mengetahui tentang pertandingan itu,  menerusi sebuah majalah tiburan yang dibeli oleh Zanida.
     Dan kini, sebulan sudah berlalu sejak keputusan itu dipersetujui mereka. Sepanjang 30 hari itu juga,mereka bertiga bertungkus-lumus menghasilkan koreografi yang terbaik. Tugasnya bukan mudah malah entah berapa kalai mereka bertikam idah tidak bersetuju dengan pendapat dan idea yang dicadangkan. Entah berapa liter air mata yang mengalir, dan berapa kilo hati yang termakan. Tetapi tidak seorang pun  di antar mereka yang sanggup berputus asa. Mereka terlampau kempunankan kemenangan. Bukan wang tunai yang dihagakan,tetapi peluang untuk beraksi bersama-sana KT. Mati hidup semula pun mereka tidak akan melepaskan peluang itu!
      Tugas perama yang dialkukan mereka ialah pemilihan lagu.Tugas itu antara tugas yang paling sukar memandangkan idola mereka itu memnyai terlamapau banyak lagu yang 'best-best'. Sedangkan  Zanida , Jes dan Vina pula mempunyai pilihan dan citarasa yang berbeza. Sepanjang minggu pertama itu, entah sudah berapa ratus kali  mereka bergaduh semasa cuba memtakhirkan lagu yang paling sesuai untuk dijadikan irama latar tarian mereka. Masuk hari ke lima, barulah Jes memberikan suatu idea yang lebih memudahkan tugas mereka yang seterusnya.
     Mereka sebualat suara bersetuju untuk memlilih lagu KT yangberirama rancak sahaja. Hampir 15 lagu disenaraikan mereka selepas itu,dan sekali lagi peperangan meletus dalam menentukan lagu yang paling sesuai. Hanya selepas mereka bertiga menonton klip video KT yang berkumandang di televisyen. barulah mereka bersetuju dengan pemilihan lagu itu.
    Melihat rambut palsu yangdikenakan KT, ditambah pula dengan 'urban feel' klip video itu, mereka akhirnya bersetuju memilih lagu 'Fantasi Hati' untuk dijadikan latar koreografi.

   Fuuh,selesai juga akhirnya tugas pertama itu.Lega betul rasanya, lalu mereka pun beralih kepada tugas kedua,tugas yang lebih berat: iaitu mencipta koreografi itu sendiri.
   Tugas kedua itu mungkin tidak kurang sukarnya,tetapi ternyata lebih menyeronokkan. Untuk mendapatkan idea tentang reka tari dan jenis tarian, Zanida, Jes dan Vina harus menonton sebanyak mungkin video klip artis tempatan dan antarabanga. Itu bukan masalah, kerana menonton video muzik memang menjadi rutin harian mereka setiap hari( sama ada mereka menyertai ataupun tidak pertandinagan koreografi KT itu).
   Jadi,daripada video klip Britney Spears, Madonna, Destiny's Child,Kylie Minogue,Usher, sehinggalah klip video tempatan dan KTsendiri,mereka akhirnya mencantumkan pergerakan tangan,kaki dan badan yang paling 'vogue' untuk mencipta koreografi yang paling 'happening'!
     Pagi,petang siang dan malam,mereka bukan setakat bermimpi,tetapi berlatih bermati-matian untuk merealisasikan impian itu. Mereka terlalu laparkan kemenangan dan mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk memenangi pertandingan itu. Termasuklah memakai rambut palsu ala-Afro yang berwarna-warni.!
    Zanida yang mencadangkan idea memakai rambut palsu. Vina pula mengubah suai idea asal itu dan mencadangkan agar mereka memakai rambut palsu ala afro yang berwarna-warni,agar tidak nampak terlalu seventies.
    

Sekolahku ...

                               Assalamualaikum ;) selamat sejahtera.
Pagi yang indah lagi mengantuk.. Admin akan rasa mengantuk kalau kaki tidak mula membuat kerja. 
Jadi tangan kini pula akan menaip. 

Admin sekolah di SMK Bandar Utama. berdekatan dengan pintasan TV3. ini galerinya






Dulu ketika sekolah rendah di sebelah sekolah menengah ni, admin rasa takut sangat kalau dapat sekolah sini. Sebab dulu dengar berita keburukan sekolah ini. Tapi setelah mula persekolahan sesi petang tingkatan 1, hati admin mula berubah. tersenyum lebar melihat cikgu sporting gila. Tak kenal maka tak cinta.

Admin menjadi pelajar di sini  tahun 2008 hingga 2012. dan tidak lupa sebagai pengawas pusat sumber. 
Jasa cikgu,pekerja di kantin. pekerja sekolah tidak dilupai. 

Kembar yuyu ke?

                                              Assalamualaikum ;) 

   Adakah anda kenal wanita ini ?? jeng jeng hehe 


Yuyu Zulaikha ohsem ;) Admin ada seorang kawan, rupa hampir macam kak yuyu . tapi..








Tak sama bukan... -.- hehe apapun ketiga- tiga nya comel comel belaka.
Gambar pun diambil ketika ada motivasi SPM di universiti malaya. 

Sarapan pagi ini

                                                                 Assalamualaikum ;)

               Hari ini ku rasa bahagia(ok tipu) memandangkan esok last SPM iaitu subjek faveret- EKONOMI.
 Rasa macam nak terjun bangunan sekolah. Apapun admin akan buat yang terbaik.
  Sarapan pagi ini ialah --------


Memang menyelerakan bukan . nyam nyam deliciouuuss 

Ini kali pertama masak guna planta. rasa sama. bau pun sama -.-


Sosej goreng bersos tomato yeah. cantik kan admin hias kan. kan kan 
Hoho~~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...